Pengkhianatan Dogra Bersaudara terhadap Punjab

Raja Ranjit Singh memerintah Punjab selama 40 tahun. Seluruh rantau benua India, kaum Rajput, kaum Rohila, kaum Gorkha, kaum Maratha dan bangsa Mughal, satu demi satu menyerah kalah kepada British. Namun, Punjab masih tetap mempertahankan kemerdekaannya sehingga 28 Mac 1849.

Raja Ranjit Singh mangkat pada 27 Jun 1839. Kaum Sikh tetap melawan dan menentang penjajah British. Dosa yang menyebabkan Punjab terjatuh ke dalam perhambaan berada atas pundak Dogra bersaudara. Mereka adalah Gula Singh, Dhanya Singh dan Suchet Singh. Mereka tamak dan berniat untuk mendirikan kerajaan Hindu di Kashmir. Dhanya Singh terutamanya telah membunuh Cheta Singh Bajawa, yang menjalankan pentadbiran bagi anakanda raja Ranjit Singh. Kemudian, mereka membunuh pula Nau Nihal Singh, anak kepada Khadag Singh. Mereka membenarkan Chandra Kaur, balu kepada Khadag Singh untuk memerintah selama sebulan setengah sebelum membunuh beliau.

Selepas itu, Dogra bersaudara membunuh pula Sher Singh, anakanda kedua maharaja Ranjit Singh dan cucunda baginda, putera Pratap Singh. Mereka turut membunuh Ajit Singh Sandhavaliya, saudara terdekat Chandra Kaur. Dalam pada kaum Sikh bergolok bergadai melawan British dan mengorbankan nyawa mereka bagi menyelamatkan tanah air selama dua bulan itu, keluarga Dogra pula berurusan dengan British. Akhirnya, Gulab Singh Dogra menyerah diri kepada British dan turut memaksa Deelip Singh, pewaris terakhir maharaja Ranjit Singh supaya menyerahkan takhta kepada British pada 29 Mac 1849.

Sebagai ganjaran, British menjualnya kepadanya wilayah Jammu dan Kashmir dengan harga 2,50,000 pund sterling. Khazanah Suchet Singh juga dipulangkan. Maka, Punjab diperhambakan dan Dogra menerima wilayah Jammu dan Kashmir. (Bali L.R., "Hinduism - Dharma ya Kalank" (Hindi), p. 248).

Ranveer Singh, anak kepada Gulab Singh menggantikannya pada 1857. Dia menakluki wilayah Gilgit dan memasukkannya ke dalam wilayah Kashmir pada 1885. Anaknya, Pratap Singh meninggal dunia pada 1925 dan digantikan oleh Hari Singh. Hari Singh memerintah sehingga kenaikan Kashmir ke dalan Persekutuan India selepas British keluar dari India.

Namun, asal-usul sebenar kepada permasalahan di Kashmir adalah kependudukannya yang menjadi Muslim. Sudah pun diketahui ramai bahawa Kashmir turun-temurunnya dikuasai oleh raja-raja Buddha dan Brahman serta populasinya sendiri adalah bukan penganut agama Islam. Kisah pengislaman rantau tersebut sangat menarik sekali kerana ia menandakan kecenderungan penegak ketuanan varna dalam mengasaskan sistem kasta. Oleh itu, marilah kita telusuri sejarah wilayah Kashmir.